1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

HUKUM PAKAI KONDOM KETIKA BERJIMAK DENGAN ISTERI



Soalan:

Apakah hukumnya seeorang memakai kondom ketika berjimak dengan isteri bertujuan untuk merancang kehamilan ? Ada setengah ustaz memberitahu hukumnya haram apa pandangan islam yang sebenar mohon pencerahan.


Jawapan Ustaz:

www.bicararumahtangga.blogspot.com


Beza Antara Air Mani dan Air Mazi


Soalan; assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya tentang beza di antara kedua cecair tersebut (mazi dan mani). Sy seorang perempuan yang belum berkahwin. Sy mempunyai masalah keputihan dimana sy menggunakan pantiliner setiap masa. Adakah air mazi keluar jernih manakala air mani keluar kekuningan? Ini disebabkan sy telah membaca buku dan internet dimana terdapat pelbagai deskripsi dan sukar juga bagi sy untuk membezakan keduanya lagi2 kerana sy mempunai masalah keputihan yg berbau.. Adakah air mazi keluar hanya disebabkan syahwat? dan apakah syahwat itu adalah hanya apabila berimaginasi bukan2 tentang lelaki atau perempuan? Atau adakah cecair mazi boleh keluar tanpa berimaginasi bukan2? seperti jika kita berasa cemas adakah mazi boleh keluar? Sy juga selalu was-was tentang perkara ini menyebabkan sy mandi wajib 2,3 kali sehari. Kadang2 terbayangkan bukan2 tanpa sedar dan tak diingini tak keluar air dan kdg2 tanpa terbygkn tapi merasa cemas takut air mani keluar yg sy sedar ade cecair keluar. Sy harap ustaz boleh membantu sy. terima kasih.

Jawapan;

Bismilillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Bagi insan normal, air mazi dan air mani hanya keluar ketika syahwat. air mazi ketika sedang syahwat dan air mani pula ketika kemuncak syahwat. Mazi cairan nipis dan melekit, mani pula kental. Syahwat boleh timbul kerana hubungan suami isteri, berkhayal, melihat perkara yang menimbulkan syahwat atau sebagainya.

Tanpa syahwat, mungkin cairan yang keluar itu kecing, keputihan, peluh atau air wadi. Cairan-cairan itu keluarnya tidak memerlukan mandi, memadai membasuhnya sahaja dan mengambil wudhuk sebelum solat. Untuk penjelasan lanjut sila baca dalam blog saya; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html) atau taip sahaja “mani” di bahagian carian/search, insya Allah lebih banyak jawapan ditemui.

Wallahu a’lam.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com




Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak


Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.


Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.


Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.


Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

 
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

 
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

 
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga.


Suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


Teknik Menjadi Suami Romantis Dambaan Isteri Tersayang


Teknik Menjadi Suami Romantis Dambaan Isteri Tersayang...

1. Teknik Kejutan

 
Isteri anda pasti sukakan kejutan, jika beliau bekerja di
pejabat atau berada di rumah sebagai surirumah sepenuh masa, ambil masa 5 minit untuk telefon dan nyatakan "I LOVE YOU"…

2. Teknik Gurauan

 
Ketika isteri sedang membasuh pinggan di dapur, cuit sedikit bahagian punggung isteri, anda pasti akan dikejar oleh isteri anda dan ini boleh meningkatkan lagi kemesraan...

3. Teknik Bantuan

 
Ketika isteri anda menyidai pakaian, berilah bantuan kepada
beliau, keprihatinan anda ini akan menyebabkan isteri anda
merasakan "bertuahnya mereka memiliki anda"



 www.panduansuamisteri.blogspot.com


Tips Nak Tahu Lelaki Masih TERUNA Atau Tidak


Memang sukar untuk mengetahui calon suami anda masih teruna atau tidak. Tentu anda ingin mengetahuinya kerana anda mengharapkan suami yang berstatus sama seperti anda iaitu sama-sama mempunyai keperawanan.

Ini adalah rahsia untuk mengetahui apakah calon suami anda masih teruna atau tidak.

Bertanya Terus Anda boleh mengetahui status keper‐awanan suami anda dengan cara menanyakan terus dengan yang empun‐ya badan. Jika ia tulus sayang dengan anda, ia pasti akan berkata jujur tentang statusnya.

Keperawanan adalah perkara yang san‐gat peribadi. Ianya boleh menjadi harta yang paling berharga bagi mereka yang berjaya mempertahankannya hingga masanya berkahwin dan boleh saja menjadi aib jika mereka sudah tidak dara lagi. Oleh kerana itu, anda harus bertanya tentang keperawanan kepada suami anda dengan hati-hati. Jangan sampai soalan itu menyinggung perasaannya.

Dengan berdialog Menurut ilmu psikologi, seorang lelaki jika diajak untuk berbincang mengenai topik keperawanan akan terlihat jelas status kesuciannya dilihat dari cara dia dalam memberi respon perbincangan tersebut. Jika dia kelihatan sangat tertarik atau dia ingin sekali mendapatkan keteran‐gan terhadap topik yang sedang dibicarakan menandakan bahawa dia masih teruna namun sebaliknya jika dia menghindar atau mengalihkan perbincangan dari topik yang sedang dibicarakan, kemungkinan dia sudah tidak teruna lagi atau dia mempunyai masalah dengan kesuciannya.

Sentuhan fizikal Seorang lelaki boleh disimpulkan masih teruna atau tidak dari kenalan fizikal pada masa berhubungan seks dengan pasangannya. Caranya adalah dilihat dari cara pemanasan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Lelaki yang masih teruna akan keli‐hatan tegang kerana baginya ini adalah pertama kalinya dia berhubungan intim dengan pasangannya. Malah mungkin dia tidak tahu bagaimana cara berhubungan intim yang baik dan apa peranannya ketika berhubungan intim. Dia juga akan melakukan terpancut awal ketika melakukan penembusan awal.

Mudah terangsang Lelaki yang tidak teruna biasanya akan mudah terangsang dengan hal-hal yang berbau porno atau segala aktiviti yang berkaitan dengan sentuhan fizikal dengan lawan jenis.

Warna zakar Keperawanan dapat dikenalpasti dari warna zakar si lelaki. Jika kepala zakar berwarna merah / kemerah-merahan, maka lelaki tersebut dipastikan masih teruna namun jika kelenjar zakar berwarna gelap atau malah terdapat sedikit kecacatan pada warna gland zakar, maka lelaki tersebut tidak teruna kerana gland penisnya sudah sering terkena gesekan.

Air mani Lelaki yang sudah tidak teruna akan mudah terangsang dengan hal sentuhan atau perkataan yang membuat mereka menjadi lebih ghairah. Ketika mereka sedang terangsang secara automatik akan mengeluarkan air mani.


www.panduanintim.blogspot.com


Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:

* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.

* Mengurangkan jerawat.

* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

www.panduanintim.blogspot.com

Sumber: facebook