1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!
Showing posts with label Air Mani. Show all posts
Showing posts with label Air Mani. Show all posts

Beza Antara Air Mani dan Air Mazi


Soalan; assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya tentang beza di antara kedua cecair tersebut (mazi dan mani). Sy seorang perempuan yang belum berkahwin. Sy mempunyai masalah keputihan dimana sy menggunakan pantiliner setiap masa. Adakah air mazi keluar jernih manakala air mani keluar kekuningan? Ini disebabkan sy telah membaca buku dan internet dimana terdapat pelbagai deskripsi dan sukar juga bagi sy untuk membezakan keduanya lagi2 kerana sy mempunai masalah keputihan yg berbau.. Adakah air mazi keluar hanya disebabkan syahwat? dan apakah syahwat itu adalah hanya apabila berimaginasi bukan2 tentang lelaki atau perempuan? Atau adakah cecair mazi boleh keluar tanpa berimaginasi bukan2? seperti jika kita berasa cemas adakah mazi boleh keluar? Sy juga selalu was-was tentang perkara ini menyebabkan sy mandi wajib 2,3 kali sehari. Kadang2 terbayangkan bukan2 tanpa sedar dan tak diingini tak keluar air dan kdg2 tanpa terbygkn tapi merasa cemas takut air mani keluar yg sy sedar ade cecair keluar. Sy harap ustaz boleh membantu sy. terima kasih.

Jawapan;

Bismilillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Bagi insan normal, air mazi dan air mani hanya keluar ketika syahwat. air mazi ketika sedang syahwat dan air mani pula ketika kemuncak syahwat. Mazi cairan nipis dan melekit, mani pula kental. Syahwat boleh timbul kerana hubungan suami isteri, berkhayal, melihat perkara yang menimbulkan syahwat atau sebagainya.

Tanpa syahwat, mungkin cairan yang keluar itu kecing, keputihan, peluh atau air wadi. Cairan-cairan itu keluarnya tidak memerlukan mandi, memadai membasuhnya sahaja dan mengambil wudhuk sebelum solat. Untuk penjelasan lanjut sila baca dalam blog saya; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html) atau taip sahaja “mani” di bahagian carian/search, insya Allah lebih banyak jawapan ditemui.

Wallahu a’lam.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com




Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:

* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.

* Mengurangkan jerawat.

* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

www.panduanintim.blogspot.com

Sumber: facebook