1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Meroyan Selepas Bersalin (Kemurungan Posnatum), Simptom Dan Tanda

Meroyan selepas bersalin 

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin.

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.

Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat.

Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.

Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.

Siapa yang diserang?

Tiada kajian khusus kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya terjadi pada hari kelima selepas bersalin.

Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka.

Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga boleh menjadi penyebab perkara itu berulang di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.

Simptom awal meroyan

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
perasaan putus asa;
-bersalah;
-amat letih;
-muram;
-sering menangis;
-sunyi;
-gelisah;
-terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Bahaya jika tidak dikawal

Walaupun meroyan atau kemurungan posnatum ini satu perkara biasa, namun jika tidak dirawat boleh menjadi serius sehingga mencederakan diri dan bayi.

Perhatian daripada ahli keluarga sangat penting ketika ini, mereka perlu peka dengan perubahan yang berlaku.

Jika didapati kemurungan itu tidak terkawal, adalah lebih baik membawa wanita terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kaedah rawatan

Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu.

Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.

Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Suami, ahli keluarga main peranan


Pada hari-hari terawal selepas bersalin, keberadaan suami dan ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu melegakan wanita terbabit kerana mereka merasakan seperti disayangi dan dihargai.

Sokongan dan perhatian daripada suami amat diperlukan, bantuan daripada ahli keluarga juga mampu mengurangkan tekanan wanita selepas bersalin.

Wanita juga jangan rasa segan silu untuk memberitahu pasangan atau ahli keluarga mereka jika berhadapan dengan keadaan sukar supaya orang sekeliling anda boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Pengakuan

Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil.

Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya. Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana suami sudah mula bekerja.

Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit saya.

Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak.

Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang.

Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir.

Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang. ALHAMDULILLAH, atas sokongan keluarga dan suami saya sudah pulih.

Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan untuk kita berdepan dengan cabaran baru. - Nur Lisa, 29, Hulu Langat.

Oleh:
Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal

Pengarah Perubatan, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi. Hospital Umra, Shah Alam
MBBS (Mang), FAGE (Man), M.Med O&G (UM), Dip Aest. Med (USA), FRSPH (UK)

Sumber: Sinar Harian


www.mummyceria.blogspot.com


Renungan Lah Wahai Wanita

 


Renungan lah wahai wanita

Cantiknya seorang wanita itu memang kerana Anugerah, tapi juga Ujian...Ujian...yang sangattt.. sangatttt berat,

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita makhluk yang sombong...

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ladang untuk tanaman dosa...

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ingin selalu disanjung dan dipuja..

Kecantikan itu sebenarnya perlu dikawal dengan menutupinya mengikut syarak..

Sungguh...

Kecantikan itu sebenarnya adalah amanah,jika engkau tidak mampu menjaganya, nescaya Kecantikan itu hanya akan menjadi fitnah belaka buatmu....

"Ya ALLAH cantikanlah diriku dengan akhlak. Aamiin ya Rabbal'alamin."


www.bicararumahtangga.blogspot.com


5 Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk


Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk

1. Beri isteri anda ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anda. Beri dia ruang untuk berleter, marah atau apa sahaja perbuatan yang menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.

2. Tatkala dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan apa yang dia katakan. Berikan komitmen pada isteri anda yang anda akan berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius untuk ikut apa yang isteri anda suruh.

3. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. Anda ambil kesempatan ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.

4. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.

5. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai kesalahan yang sama di masa hadapan.


 www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


5 Sebab Suami Berubah Kasih


SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya, dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup, Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks


Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan


Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial


Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April


Panduan : Suburkan Cinta Suami Isteri


Suburkan cinta suami isteri


Anak ternyata anugerah yang tidak ternilai justeru, ia tidak sepatutnya dijadikan halangan kepada suami dan isteri menghabiskan masa bersama bagi mengeratkan hubungan di samping mewujudkan suasana menyeronokkan dalam rumah tangga.

Sering dijelaskan suami dan isteri perlu bijak mencipta ruang dan masa mereka sendiri dalam mengekalkan kemesraan agar kasih sayang terus bercambah walaupun usia perkahwinan sudah bertahun lamanya.

Mungkin sedikit panduan berikut mampu dimanfaatkan pasangan suami isteri dalam membina hubungan lebih mesra:

1. Masa itu emas. Walaupun hanya seminit, masa bersama pasangan sangat penting. Justeru, janganlah disia-siakan masa terluang untuk dihabiskan dengan pasangan berbanding rakan apatah lagi jika ia mempunyai kebaikan bersama.

2. Pastikan hujung minggu dikhaskan untuk bersama pasangan sekiranya di hari yang lain anda sibuk dengan tugasan di pejabat atau menyiapkan kerja rumah.

Bijak mengurus masa dan mengambil peluang akan membuatkan anda dan pasangan pasti tersenyum panjang kerana banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

3. Sentiasa peka dengan persekitaran dan pandai mengambil kesempatan. Setiap waktu terluang, habiskan bersama cinta hati anda jika tidak mampu mengehadkan waktu tertentu atau di hujung minggu.

4. Senaraikan aktiviti yang anda berdua gemari. Pilihlah aktiviti yang masih boleh dilakukan walaupun anak ada bersama.

5. Sesekali, upahlah penjaga atau minta tolong saudara-mara untuk menjaga anak sementara anda berdua meraikan majlis istimewa seperti makan malam sempena ulang tahun perkahwinan yang tentunya sungguh bermakna dalam hidup anda berdua.

Andai sudah ditakdirkan bertemu pasangan hidup yang berbeza latar belakang dan karakter, sememangnya perbezaan pendapat dan kekurangan masing-masing hanya boleh dijalin erat dengan kesabaran dan persefahaman.

Bagaimanapun menjadi lumrah hidup apabila pelbagai ujian datang menimpa dalam setiap hubungan. Ramai yang tewas jika tersalah langkah dalam menangani masalah. Justeru, renunglah beberapa tip berguna berikut dalam membina keluarga bahagia:

KELUARGA BAHAGIA

Semua orang dambakan rumah tangga yang utuh dan bahagia. Pelbagai dalil daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah menyuruh suami isteri agar saling menyayangi dan bergaul sesama mereka secara patut, bagi menjaga kerukunan dan keutuhan rumah tangga.

Suami wajib bergaul dengan isteri secara patut dan bersa bar atas segala kekurangan yang ada pada pasangan manakala si isteri pula wajib baginya mentaati suami, menguruskan rumah dan menjaga anak-anaknya.

DUGAAN DAN GODAAN

Memang tidak dinafikan, semua orang inginkan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun ia akan bertukar derita apabila suami atau isteri mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.

Iblis dan sekutunya tidak pernah berasa selesa dan bahagia melihat keluarga Muslim hidup secara harmoni, tenteram dan penuh dengan kasih sayang. Iblis ini akan sedaya upaya menghasut dan mencerai-beraikan mereka.

Bagaimanapun, sesebuah rumah tangga itu akan terselamat daripada godaan dan hasad dengki manusia, andai mereka menjalani kehidupan berlandaskan ajaran agama.

Sikap saling memahami, bertolak ansur dan memaafkan menjadi rahsia utama untuk menjernihkan kembali rumah tangga yang keruh. Namun, sekiranya suami atau isteri masih tidak mampu bertahan atau buntu mencari penyelesaian, rujuklah kepada orang ketiga yang boleh mendamaikan anda berdua.

KUKUHKAN CINTA

 
Nikah dan perkahwinan jalan terbaik untuk memiliki seseorang yang dapat menemani kita hingga ke penghujung usia. Perkahwinan bukan saja sebuah perjanjian yang kukuh, bahkan ia tanda cinta dua insan berlainan jiwa.

Namun, andai cinta itu mulai retak, penampilannya tidak lagi seindah dulu. Yang manis jadi pahit, yang cantik membuatkan hati jengkel. Inilah hebatnya sebuah cinta.

Ukur usianya bukan setahun dua, tetapi perlu subur dan mekar sehingga nyawa dijemput yang Maha Esa.

Andai kita bermasam muka dengan pasangan yang baru setahun jagung mendirikan rumah tangga, lihatlah pasangan berusia yang mampu hidup bahagia sehingga usia mencecah senja.

Mereka cukup bahagia dan cinta yang lahir dalam diri ternyata sebuah cinta sejati. Tiada romantis yang mengada-ngada atau rayuan yang tidak masuk akal. Setiap ujian dan dugaan yang datang ditempuh dengan sabar.

Jika setiap pasangan mampu memahami antara satu sama lain, cinta akan menjadi lebih indah dengan ujian dan cabaran yang datang. Contohilah cinta Nabi Muhammad SAW kepada isterinya, Khadijah. Ia sememangnya cukup indah.

Kita juga boleh melalui dan memilikinya andai meneladani kisah istimewa ini. Jadikan setiap ujian yang hadir itu sebagai peringatan untuk kita saling memahami dan bersyukur.

Inilah yang harus kita jadikan pengajaran agar perjalanan hidup kita terasa lebih ringan dan bahagia. Sesungguhnya, apa yang kita lalui hari ini adalah bayangan indah yang bakal dilalui di masa depan.

Semakin kita berusaha untuk memahami, be rsabar dan menyuburkan cinta pada hari ini, maka akan banyaklah kemanisan dan keindahan yang menanti kita di kemudian hari.





Oleh Hajahfarhana Tarmudi


www.panduanintim.blogspot.com


13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

 
1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
 


Bagaimana Mengenali Suami Curang?



SAYA tidak ingat entah berapa kali saya ditanya oleh para isteri bagaimana tanda mengenali suami curang.

Sebenarnya, saya sangat takut untuk menjawab soalan itu. Pertama, takut dibelasah oleh kaum lelaki kerana membocorkan 'rahsia'mereka. Yang kedua, saya takut kerana jawapan saya, ada suami yang setia pun juga dicurigai.

Apa pun, sedikit sebanyak tanda untuk mengenali suami yang hatinya sedang berbunga, saya percaya ramai isteri sudah tahu. Tambah lagi pada zaman ini. Oleh kerana telefon sudah pintar, ramai orang jadi tidak pintar kerana terlalu berharap kepada telefon pintar.

Banyak sudah kita didedahkan dengan kes cerai-berai kerana telefon terutama berkaitan telefon yang boleh rakam gambar atau video.

Seorang kawan baru-baru ini mengadu tersilap beri hadiah telefon pintar kepada isterinya.

"Sekarang aku sudah tak boleh bohong dia lagi. Kalau dulu, keluar dengan girlfriend, aku kelentong sedang mesyuarat. Sekarang sudah tak boleh. Dia sudah pandai minta bukti," katanya.

Ramai suami yang menyangka mereka selamat apabila membisukan telefon ketika di rumah.

Namun seorang kawan lain pula keluhannya: "Bini aku sekarang, silent telefon pun tak boleh. Telefon aku tak berbunyi, dia sibuk tanya, apa hal tak ada orang call langsung."

Itulah. Sekarang, suami-suami yang ada kes, jangan lagi berasa selamat dengan membisukan telefon atau sembunyi telefon dalam poket.

Walaupun telefon anda pintar, anda sendiri tidak cukup pintar jika masih guna taktik lama, bawa telefon ke mana-mana hatta ke bilik kecil - taktik yang hanya laku 10 tahun dahulu, bukan sekarang.

Satu lagi, dalam buku Aduhai Suami terbitan Alaf 21, saya ada bangkitkan taktik sesetengah suami yang menggantikan nama kekasih dengan nama lelaki untuk mengaburi perhatian isteri. Misalnya nama Wahida jadi Wahid, Azlina ditukar Azli.

Ketika ditemu bual pengacara Dang Suria mengenai tulisan saya itu dalam TV tidak lama dahulu, saya ditanya, "mengapa perlu buat begitu?

Bukankah boleh delete saja nombor atau SMS?"

Ya, benar, boleh padam atau delete sahaja tetapi bukankah orang bercinta itu rindunya terlalu? Selang lima minit, 10 minit atau paling lama setengah jam panggilan atau SMS berselang. Tidak mungkinkah ada yang terlepas?

Maka kata saya, isteri patut curiga hubungan suaminya dengan 'Wahid' jika dilihat panggilan terlalu kerap.

Dan satu lagi, suami juga perlu belajar segala teknologi telefon yang terkini. Ada kes seorang kawan yang menyangka dia sudah padam semua sejarah dalam telefonnya, bukan sahaja dalam inbox malahan juga sent item, lalu pulang ke rumah dengan rasa lega.

Namun dengan tidak disangka, isterinya lebih cekap. Tiba hari, segala sejarah dikeluarkan termasuk yang berbulan-bulan sebelum. Kantoi habis!

Selepas 'rahsia' ini dibongkar, mungkin ramai suami akan lebih berhati-hati. Ya, itulah yang saya harapkan kerana sesama lelaki, saya tak suruh berhenti kerana memahami hati tidak boleh dipaksa.

Kalau sudah terlanjur bercinta, teruskan sahaja! Namun bagi isteri pula, tanpa telefon, tanpa segalanya... suami dilihat pijak semut pun tak mati, pun janganlah terlalu percaya.

Ada sesuatu yang orang lelaki tidak boleh bohong, tidak boleh selindung apabila jatuh cinta ialah bahasa badan - banyak yang akan berubah.

Jika sebelum itu dia seorang yang biasa-biasa sahaja, apabila jatuh cinta, penampilannya akan berubah. Keluar rumah hanya setelah pasti dirinya benar-benar segak dan wangi.

Andai ditanya isteri mengapa berubah, dia akan jawab: "Alangalang sudah beli minyak wangi, mestilah berubah. Takkan pakai selekeh mahu disembur minyak wangi."

Jika sebelum itu, jarang layan lagu tetapi sekarang, asal masuk kereta, terus diputar lagu, lagu cinta pula.

Masuk rumah pun sama. Tidak kiralah lagu Inggeris, Melayu atau Hindustan. Pasti mengejutkan andai dia tiba-tiba sangat beri perhatian pada lirik lagu, malah siap diajak isteri berbincang sekali.

Jika dia senyum-senyum sambil melihat ke arah lain, awaslah... wajah yang ada dalam matanya pada masa itu mungkin bukan wajah anda kerana anda sudah ada di hadapannya, dan jika anda yang difikirkannya, tentu dia tidak akan merenung ke arah lain sebaliknya tepat ke dalam mata anda.





10 PESANAN BUAT SUAMI



PESANAN BUAT SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama"



Saya melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?


Rohaya,

Kuala Lumpur


Sudahkah anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.


www.panduanintim.blogspot.com


Sumber:Metro


Lakukan Perkara Romantik dengan Isteri Anda.



Lakukan Perkara Romantik dengan Isteri Anda.
*********************************
1. Melihat matahari terbenam bersama-sama.

2. Berbisik antara satu sama lain.

3. Memasak untuk satu sama lain.

4. Berjalan dalam hujan.

5. Berpegangan tangan.

6. Membeli hadiah untuk satu sama lain.

7. Memberi bunga ros.

8. Ketahui Cologne / minyak wangi kegemaran mereka dan memakainya setiap kali anda bersama-sama.

9. Pergi berjalan-jalan ke pantai.

10. Menulis puisi antara satu sama lain.

11. Berpelukkan ialah ubat terbaik.

12. Katakanlah hanya apabila anda maksudkan ia dan pastikan mereka tahu anda maksudkannya.

13. Beri hadiah bunga / gula-gula / puisi dan lain-lain.

14. Memberitahunya bahawa dia adalah satu-satunya gadis yang anda pernah mahu. Jangan bohong!

15. Menghabiskan setiap saat bersama.

16. Melihat ke dalam mata masing-masing.

17. Perlahan menaikkan dagunya, melihat ke dalam matanya, katakan anda cintakannya, dan menciumnya ringan.

18. Apabila di khalayak ramai, hanya bermain-main dengan satu sama lain.

19. Letakkan nota cinta dalam poket mereka apabila mereka tidak melihat.

20. Membelikannya cincin.

21. Bernyanyi antara satu sama lain.

22. Sentiasa merangkulnya di bahagian pinggul/ sisinya.

23. Membawanya ke makan malam dan melakukan makan malam berdua sahaja.

24. Pegang tangannya, renung ke dalam matanya, cium tangannya dan kemudian letakkannya ke atas jantung anda.

25. Menari bersama-sama.

26. Melakukan perkara-perkara comel seperti menulis saya menyayangi anda dalam nota.

27. Membuat alasan untuk memanggil mereka setiap 5 minit

28. Walaupun anda benar-benar sibuk melakukan sesuatu, keluar sekejap untuk menelefonnya dan mengatakan I love you.

29. Sekiranya bekerja luar, hubunginya dari tempat anda untuk memberitahunya anda sedang berfikir tentangnya.

30. Ingat impian anda dan beritahunya tentang itu.

31. Memberitahu satu sama lain rahsia/kebimbangan anda.

32. Menjadi Prince Charming untuk ibu bapanya.

33. Sikat & ikat rambutnya untuknya.

34. Melepak dengan rakan-rakannya.

35. Mandi bersama-sama

36. Solat bersama-sama.

37. Membawanya melihat filem romantis dan ingat bahagian dia suka.

38. Belajar daripada satu sama lain dan tidak membuat kesilapan yang sama dua kali.

39. Menggambarkan kegembiraan yang anda rasa hanya bersama dengan dia.

40. Berkorban untuk satu sama lain.

41. Cinta diri anda sebelum anda suka orang lain.

42. Belajar untuk mengatakan perkara-perkara yang manis dalam bahasa asing.

43. Mendedikasikan lagu kepada mereka di radio.

44. Mempertahankan untuk mereka apabila seseorang bercakap bukan-bukan tentangnya.


 www.panduanintim.blogspot.com