1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Suami Mula Naik Tangan, Hilang Sudah Kasih Sayang




Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai

Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Sungguh mendalam sekali bait-bait lirik lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ini. Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, tentunya mengerti dengan apa yang dimaksudkan dalam lagu tersebut.

Benar, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang itu tidak akan sunyi daripada perbalahan kecil. Itu adalah lumrah dalam dunia perkahwinan. Jika pergaduhan ala-ala manja seperti selisih faham, berbeza pendapat dalam sesetengah hal, mungkin ia tidak memberi kesan pada pasangan, namun jika sudah sampai tahap isteri dipukul, ditumbuk, diterajang, dilenyek, ditarik rambut dan dijirus dengan air panas, isteri mana yang boleh tahan.

Teringat kisah seorang rakan (wanita). Mereka berkahwin dan melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kebahagiaan. Namun entah bagaimana, si isteri kerap dipukul dan ditampar bertalu-talu jika tidak memberikan wang pada suami. Bila dirisik, barulah tahu si suami seorang penagih dadah.

Dalam kes ini, sudah menjadi perkara biasa sekiranya si suami yang terbabit dengan dadah dan alkohol cenderung menjadi pendera. Ini kerana, mereka sudah berada di luar kawalan diri dan fokusnya hanyalah duit, duit, duit. Jika tidak diberi memang padahlah nasib si isteri.

Situasi pukul memukul ini sebenarnya bukan tertumpu pada suami yang mengambil dadah sahaja. Suami yang bersikap panas baran, cemburu tak tentu pasal, penganggur dan sebagainya turut memukul dan menendang sesuka hati. Isteri dijadikan punching bag suami seolah-olah tiada nyawa dalam sebatang tubuh yang mengharap ehsan itu.

Antara kes keganasan rumah tangga


Kes 1: Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Isteri cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Kuantan, Pahang.

Kes 2: Seorang isteri membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks.

Kes 3: Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah.

Kejadian jam 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md Radzi, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi. Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.

Kes 4: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah. Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), untuk rawatan.

Kes 5: Mangsa berusia 20-an yang enggan namanya didedahkan menceritakan pengalamannya dipukul suami sehingga mengalami kecederaan fizikal yang parah. Katanya, dia menyedari suaminya penagih dadah selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

Suami kerap memukul saya terutama sekali apabila dia berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan kami juga sering kali berselisih faham sehingga dia pernah mengugut saya untuk mengancam keluarga saya.

“Pada mulanya, saya berasa takut untuk membuat laporan polis tetapi selepas berfikir saya akhirnya membuat laporan polis,” katanya. Katanya, dia berkongsi pengalaman itu bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. [Sinarharian]



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment