1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

15 Sebab Kenapa Lelaki Bahagia @ Happy


15 Sebab Kenapa Lelaki Bahagia 








Petua Merangsang Suami



Petua Merangsang Suami 

Agar Dia Asyik Melayani Anda

1. Pakaian Di Rumah Amat Penting - Jangan fikir dengan tanpa seurat pun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis agar dia sentiasa bernafsu melihat anda. Jangan lemahkan semangatnya dengan pakaian yang pudar dan tidak seksi.

2. Sentuhan Kasih Sayang - Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

3. Kejutan Halwa Mata - Suami akan mengagumi anda andainya anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baharu anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.

4. Membelai Nyata - Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah rambutnya. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.




www.bicararumahtangga.blogspot.com




TIPS MENJAGA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.




TIPS MENJAGA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.

Sayang suami tak? ni antara cara nak tambah kasih sayang suami pada anda..

1 ) Masa suami sedang memandu, urut lah bahagian tengkuk suami dengan mesra supaya lega rasa suami yang penat memandu tu kan

2 ) Kalau nak tidur, tidurlah laksana suami menjadi pakaian bagi isteri dan isteri menjadi pakaian bagi suami

3 ) Makan pulak biarlah saling menyuapkan atau senang berkonsi pinggan

4 ) Luangkan masa mandi bersama suami cam Rasulullah wat bersama Aisyah

5 ) Salam dan peluk suami sebelum pergi kerja supaya kalian kekal terus dalam ingatan bersama sepanjang masa berpisah

6 ) Tanya suami apa yang nak dia makan cam mintak order bukan terus jer masak apa yang kita suka. sekurang-kurangnya berilah dia pilihan

7 ) Pujilah suami. jadikan budaya saling puji-memuji ni sebagai rutin harian bersama. jangan biar orang lain plak yg puji suami kita. ha, masa tu baru nak cemburu?payah nak kata lah kan..

8 ) Jadilah pendengar yang setia...bukan pembebel sepenuh masa..

9 ) Sentiasa wangikan diri..dan cantikkan diri. bukan kah fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik?



www.bicararumahtangga.blogspot.com


12 Sebab Kenapa Lelaki Suka Wanita Lebih Tua




12 Sebab Kenapa Lelaki Suka Wanita Lebih Tua | Faktor usia bukanlah faktor yang diutamakan oleh lelaki dalam bercinta dan memilih calon isteri namun mungkin kerana wanita yang lebih tua lebih mudah memahami kerana lelaki juga perlukan perhatian bukan wanita sahaja.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.

1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.


www.panduanintim.blogspot.com


12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI


12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

Lelaki ni sangat suka melihat benda-benda cantik terutamanya wanita (kalau suka tengok lelaki jgk, ade problem la tuuu). Jadi, berhias la cantik-cantik untuk suami yang sememangnya berhak ke atas isteri. Jangan lak nak keluar kemain meletops melawa bagai tapi kat umah serabai. Malah lebih cantik dan kemas orang gaji yang duk kat dapur tu. Jadi, sentiasa la cantik tuk suami dan selalu maniskan muka, senyum seikhlasnya setiap kali pandang wajah suami. Mesti suami pon seronok dan bahagia.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

Yang ni pun lebih kurang gak macam point no 1 tu...walau ade masalah or selisih faham ke, jangan la tarik muka dan masam macam cuka...ce try klu nak merajuk pun, jangan la masam muka..tapi try gedik-gedik manja ngan suami...lelaki ni mmg xsuke pempuan gedik,tp mereka suka kalau isteri mereka sendiri gedik dengan mereka.

contoh: "alaaaa...xmo kawan ngan abg...abg senyum2 pandang pempuan tu tadi...kiah cmburu tau..xsuke..xsuke..."
tp gedik dengan suami je la...jangan duk gedik ngan lelaki lain..tuk minta penampo namenye..hehe

3. Suka memberi perhatian kepada suami.

Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman. Isteri kena prihatian pada suami..jangan ingat tanggungjawab suami je yang kena prihatin dan bagi perhatian pada isteri. Isteri pun perlu ambil tahu..bertanya la tentang masalah suami ke..kalau nampak suami balik keje stress, tenangkan suami, urut2 n tanya masalah...ala...senang citer, pandai2 la layan suami...

4. Menerima sekecil apa pun pemberian suami.

Dan jangan sekali mengeluhkan atau memperlekehkannya.
please babe...kalau suami bagi apa je pun, terima dan gembiralah...sekurang2nya suami ingat pd isteri..jangan pula demand sangat...

"ish...ape ni abg? murahnye..."

"abg beli kat mane ni? xcantik la..dah la nampak murah"

"kasut ni je ke? jiran rumah sebelah suami dia beli kasut kat isteri dia lagi cantik n mahal...baru kelasss...setakat camni ketinggalan zaman, abg.."

no no no no no...mohon yea gurl2 kat luar sana..mohon jangan macam ni..tak baik tau...terguris hati Encik suami?? ingat..syurga bawah tapak kaki suami...keredhaan suami pada isterinya...

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum dapat dia penuhi.

Yang ni isteri itu sendiri kena faham...jangan suka meminta yang bukan-bukan diluar kemampuan suami...ingat..suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi...dan isteri bukan untuk disanjungi tapi untuk disayangi.

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.

Ni sama je macam mana adab kita bercakap dengan ibu bapa, macam tu jugaklah dengan suami..jangan tengking2...lembutkan suara...kalau masa kapel leh suara lembut manje2, gedik...xkan la bila dah kawin terus hilang manjanye dan tukar mod halilintar terus senah oiiii... *xpasal2 senah yg kena..haha*

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi tak melanggar syarak.

Maksudnya, wajib taat segala perintah dan larangan suami..kalau nak buat sesuatu perkara, minta izin suami dlu...tapi kena tengok juga la...selagi tak bertentangan dengan agama, memang kena taat dan ikut.

8. Suka menemani suami di saat makan.

suami sangat suka kalau isteri teman makan tau..caye tak? Kalau tak caya, mohon pi tanya suami masing2 sekarang...isteri ni, kalau boleh setiap kali suami nak makan, hidangkan lah....layan suami dimeja makan...mesti suami rsa bahgia dan rasa dihargai sangat2...kalau kita xnak makan dah pun, dah kenyang, diet or sebagainya, tetaplah berada di meja makan menemani suami makan...ingat..layan suami xsemestinya masa kat bilik tido je....

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

Part ni kena beringat la...kadang2 kita xsedar perkara yang kita buat telah membuatkan suami berasa tidak selesa dan juga mungkin tahap "anti"...hoho...contohnya la kan...suami tak suka kita pakai baju blink2 sangat, jd kita jangan pakai la...mst ade sebabnye suami tak suke..kalau nak tahu sngt sebab, try la tnye suami...tp tu contoh je la k....

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana rata-rata seorang suami tidak menyukainya.

Orang pempuan, biasa la kan..zaman bujang selalu habiskan waktu terluang dengan berjimba-jimba ngan member2...pergi window shopping (sebab stdent kn, tak de duit sangat)...pergi jalan2 time bosan...pendek kata, ikut suka nak pergi mana2 dan bila2 masa...tp bila dah berdua (bersuami), tabiat tu tak leh la diteruskan dengan sewenang2nye tanpa izin suami....

Orang lelaki ni tak ske isterinya keluar rumah tanpa izin....tapi kalau keluar dengan suami tu lain laaaa.....jd, ingat...sebelum keluar, tanya la suami dulu..minta izin...Kalau dia tak bagi, jangan la keluar...Duk rumah diam2...

11. Suka menghibur hati suami ketika dia sedang bersedih.

Menghibur ni tak semestinya menyanyi, berjoget dan seangkatan dengannya. Ia memberi makna yang luas...menghibur hati suami ni ade pelbagai cara..bercakap manja dan lembut dengan suami tu pun dah kira menghibur suami...manjakan suami ke...lelaki ni setegap mana pun mereka, cair bila dimanjakan tau...

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya..,ni tak yah terang lebih2..korang sendiri boleh faham...


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


11 Dalil Lelaki Tidak Layak Digelar Suami




11 Dalil Lelaki Tidak Layak Digelar suami....

1. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

2. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

3. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

4. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

5. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

6. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

7. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

8. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

9. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

10. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

11. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain

*********************************************
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


Bilangan Sperma Pengaruhi Peluang Hamil


Soalan:
Saya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini?

Risya, Kedah

Jawapan:

Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik.

Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi.

Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah.

Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur.

Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing.

Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.

Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita.

Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.

Anda berdua perlu bersegera berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian bagi mendapatkan zuriat.


Jangan Cabar Ego Suami Ketika Menegur


Usah cabar ego suami ketika menegur

Apa hukumnya sering kali ada perasaan benci, menyampah dan menyumpah dalam hati terhadap suami walaupun bukan dizahirkan.

Segalanya dari dalam hati kerana perkara dilakukannya amat menyakitkan hati. Contohnya, dia suka maki hamun orang lain tetapi tidak boleh terima apabila saya menegur.

Dia juga suka merokok dalam rumah sedangkan dia tahu saya tidak suka bau asap rokok. Saya sudah beberapa kali menegurnya.

Disebabkan puas menegur namun tiada perubahan, saya hanya diam bersabar. Tetapi perasaan negatif terhadap dia berlaku dalam hati saya. Adakah saya berdosa?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkahwinan adalah alam realiti yang mencabar dan tidak seindah zaman bertunang atau bercinta. Justeru apabila berkahwin, mahu atau tidak seorang itu telah bersetuju menerima baik buruknya dan memperbaiki kelemahan masing-masing.

Kerana itu tidak adil untuk seorang isteri mencari kelemahan dan kekurangan suami dan menjadikannya alasan untuk menyimpan perasaan benci kepadanya.

Perlu menilai diri sendiri

Sebelum seorang pasangan menghukum pasangannya yang lain, dia perlu menilai bahawa dia juga mempunyai kekurangan yang mungkin dibenci pasangannya.

Justeru, bagaimana seorang isteri yang penuh kebencian terhadap suaminya dapat menegur kesalahannya tanpa prejudis. Saya menasihatkan kepada golongan isteri supaya muhasabah diri sendiri dan bersihkan hati daripada kebencian terhadap suami yang sepatutnya dikasihi dan dihormati.

Jika masih ada perasaan negatif seperti ini, teguran terhadap suami pasti tidak ikhlas dan hanya mencetuskan persengketaan dalam rumah tangga.

Selepas selesai isu hati, barulah fikirkan bagaimana mahu menegur suami dengan kasih sayang bukan dendam.

Jangan mencabar ego suami


Dalam banyak keadaan, lelaki yang bernama suami sangat besar egonya. Jadi jangan sesekali mencabar ego mereka ketika menegur. Sebaiknya pilih masa yang sesuai ketika suami paling tenang dan tidak kepenatan. Selepas makan malam dan ketika berehat-rehat.

Elakkan menggunakan bahasa sindiran dan jangan menegur kesalahannya di hadapan anak-anak atau orang lain.

Sekiranya puan tidak pandai menyusun ayat yang baik dan lembut, boleh saja menulis emel atau guna khidmat pesanan ringkas (SMS). Gunakan perkataan yang baik dan lembut agar dia tidak terasa hati. Insyallah sekiranya niat ikhlas mahu memperbaiki akhlak suami dan dengan cara yang betul, lama kelamaan dia boleh berubah.



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


Lelaki Juga Alami Masalah Keputihan


Lelaki juga alami masalah keputihan

 
Siapa kata lelaki tidak boleh mengalami masalah keputihan iaitu keluar lendir dari alat sulit yang lazimnya dialami wanita. Jika ada lelaki mengalami keputihan, ia sebenarnya petanda individu terbabit dijangkiti penyakit kelamin chlamydia.

Chlamydia atau clam berpunca daripada bakteria dikenali chlamydia trachomatis dan disebarkan melalui darah atau cecair dalam tubuh.

Ia selalunya berjangkit menerusi hubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah pencegahan termasuk melakukan seks oral membabitkan zakar, faraj, dubur dan ciuman atau menyentuh kawasan dijangkiti.

Malah, penyakit ini juga boleh disebarkan ibu yang dijangkiti chlamydia kepada bayi yang baru dilahirkan ketika bersalin.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Premitha Damodaran berkata, penyakit chlamydia jika tidak dirawat boleh mendatangkan mudarat kepada pasangan yang dijangkiti kerana bakteria akan kekal dalam tubuh seumur hidup.

Bagi orang yang dijangkiti chlamydia, gejala penyakit biasa timbul antara satu hingga tiga minggu selepas terkena jangkitan.

Tetapi kebanyakan orang yang dijangkiti bakteria ini tidak mengalami sebarang gejala penyakit menyebabkan mereka tidak sedar sudah dijangkiti.

"Gejalanya selalu tidak kelihatan dalam tempoh lama. Sebab itulah penyakit ini juga digelar penyerang senyap," katanya.

Mereka yang aktif melakukan hubungan seks secara rambang, suami atau isteri bertukar pasa­ngan adalah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jangkitan kelamin berkenaan.

Ini penyakit kelamin yang biasa dihidapi tetapi ramai kalangan kita enggan mengaku menghidap penyakit ini mungkin kerana malu atau tidak dapat banyak maklumat mengenainya.

Oleh itu, ramai yang lebih rela mereka terus dijangkiti daripada menemui doktor. Dianggarkan, seorang daripada 15 wanita berusia 14 hingga 19 tahun dijangkiti chlamydia.

Pasangan gay juga berisiko mendapat penyakit ini kerana jangkitan bakteria membabitkan pertukaran cecair daripada individu dijangkiti,katanya.

Bakteria ini boleh merebak ke kelenjar prostat dan menyebabkan prostatitis iaitu radang di organ berkenaan sehingga pesakit akan merasa sakit ketika atau selepas mengadakan hubungan seks, demam, kesakitan ketika kencing dan sakit belakang.

Chlamydia juga menyebab­kan uretritis iaitu jangkitan pada uretra atau saluran kencing yang boleh dilihat melalui gejala seperti pendarahan pada air kencing dan air mani, kerap kencing, pedih dan panas ketika kencing dan lelehan keluar dari zakar atau keputihan.

Dalam kes lebih berat, buah zakar mereka juga sakit dan membengkak kerana bakteria chlamydia menyebabkan radang pada epididymis.

Penyakit kelamin ini juga boleh menyebabkan radang pada lapisan rektum atau usus iaitu proctitis akibat seks anal dan pesakit akan mengalami najis berdarah, pendarahan rektum, kesakitan pada dubur dan cirit-birit, katanya.

Bakteria chlamydia juga boleh berjangkit di bahagian tekak kedua-dua pasangan akibat seks oral menyebabkan radang dan bengkak pada tekak serta sukar menelan.

Chlamydia mendatangkan mudarat lebih buruk kepada wanita apabila bakteria boleh menjangkiti bahagian serviks atau pangkal rahim sehingga mendapat radang (cervicitis) yang menyebabkan keputihan yang teruk dan pendarahan bukan kerana haid.

Jangkitan bakteria kemudian merebak dari serviks ke saluran peranakan membabitkan uterus dan tiub Falopio mengakibatkan penyakit radang pelvik (PID). Penyakit PID pula boleh merosak­kan uterus, tiub Falopio, ovari dan rahim serta kesakitan yang teruk di bahagian pelvis.

Natijahnya, wanita yang mengalami masalah tidak boleh hamil berikutan tiub Falopionya bengkak dan tersumbat yang menyukarkan persenyawaan berlaku. Jika hamil akan mengalami masalah kehamilan di luar rahim (ektopik).

Bagi wanita yang sedang mengandung, jangkitan chlamydia akan diwarisi anaknya ketika proses bersalin me­nyebabkan bayi itu menghidap penyakit konjuktivitis dan radang paru-paru (pneumonia), katanya.

Wanita yang dijangkiti penyakit kelamin ini juga boleh mendapat penyakit uretritis dan proctitis.

Dr Premitha berkata, penawar untuk penyakit kelamin berkenaan adalah sangat mudah tidak seperti kesan buruknya yang mendatang­kan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan yang serius.

Mereka yang dijangkiti chlamydia hanya diberikan ubat antibiotik Azithromycin sebanyak satu gram. Namun, ia perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.

Oleh itu, mereka yang merasakan dijangkiti dengan chlamydia perlu segera menemui doktor untuk rawatan. Doktor akan melakukan ujian mengoles (swab) pada bahagian yang dijangkiti atau ujian air kencing bagi mengesan kehadiran bakteria itu,katanya.

Namun, pasangan sepatutnya berterus-terang jika sudah dijangkiti atau merawat terlebih dulu jangkitan sebelum berkahwin kerana jangkitan boleh berulang," katanya.



www.pakarsakit-tuan.blogspot.com


RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI




RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


[Wajib Baca] - Fakta Kesan Buruk Memakai Bra dan Seluar dalam Semasa Tidur




Fakta Kesan Buruk Memakai Bra dan Seluar dalam Semasa Tidur | Artikel ini adalah artikel informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil berat hal ini.

Jom baca! Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.

Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011. Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.

Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara. Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur.

Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik. Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.


www.panduanintim.blogspot.com


Suami Mula Naik Tangan, Hilang Sudah Kasih Sayang




Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai

Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Sungguh mendalam sekali bait-bait lirik lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ini. Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, tentunya mengerti dengan apa yang dimaksudkan dalam lagu tersebut.

Benar, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang itu tidak akan sunyi daripada perbalahan kecil. Itu adalah lumrah dalam dunia perkahwinan. Jika pergaduhan ala-ala manja seperti selisih faham, berbeza pendapat dalam sesetengah hal, mungkin ia tidak memberi kesan pada pasangan, namun jika sudah sampai tahap isteri dipukul, ditumbuk, diterajang, dilenyek, ditarik rambut dan dijirus dengan air panas, isteri mana yang boleh tahan.

Teringat kisah seorang rakan (wanita). Mereka berkahwin dan melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kebahagiaan. Namun entah bagaimana, si isteri kerap dipukul dan ditampar bertalu-talu jika tidak memberikan wang pada suami. Bila dirisik, barulah tahu si suami seorang penagih dadah.

Dalam kes ini, sudah menjadi perkara biasa sekiranya si suami yang terbabit dengan dadah dan alkohol cenderung menjadi pendera. Ini kerana, mereka sudah berada di luar kawalan diri dan fokusnya hanyalah duit, duit, duit. Jika tidak diberi memang padahlah nasib si isteri.

Situasi pukul memukul ini sebenarnya bukan tertumpu pada suami yang mengambil dadah sahaja. Suami yang bersikap panas baran, cemburu tak tentu pasal, penganggur dan sebagainya turut memukul dan menendang sesuka hati. Isteri dijadikan punching bag suami seolah-olah tiada nyawa dalam sebatang tubuh yang mengharap ehsan itu.

Antara kes keganasan rumah tangga


Kes 1: Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Isteri cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Kuantan, Pahang.

Kes 2: Seorang isteri membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks.

Kes 3: Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah.

Kejadian jam 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md Radzi, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi. Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.

Kes 4: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah. Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), untuk rawatan.

Kes 5: Mangsa berusia 20-an yang enggan namanya didedahkan menceritakan pengalamannya dipukul suami sehingga mengalami kecederaan fizikal yang parah. Katanya, dia menyedari suaminya penagih dadah selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

Suami kerap memukul saya terutama sekali apabila dia berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan kami juga sering kali berselisih faham sehingga dia pernah mengugut saya untuk mengancam keluarga saya.

“Pada mulanya, saya berasa takut untuk membuat laporan polis tetapi selepas berfikir saya akhirnya membuat laporan polis,” katanya. Katanya, dia berkongsi pengalaman itu bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. [Sinarharian]



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


Tips dan Cara Memikat Hati Wanita



Tips dan Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai – itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


 www.pakarintim.blogspot.com


Sumber : zonbebas


Meroyan Selepas Bersalin (Kemurungan Posnatum), Simptom Dan Tanda

Meroyan selepas bersalin 

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin.

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.

Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat.

Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.

Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.

Siapa yang diserang?

Tiada kajian khusus kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya terjadi pada hari kelima selepas bersalin.

Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka.

Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga boleh menjadi penyebab perkara itu berulang di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.

Simptom awal meroyan

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
perasaan putus asa;
-bersalah;
-amat letih;
-muram;
-sering menangis;
-sunyi;
-gelisah;
-terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Bahaya jika tidak dikawal

Walaupun meroyan atau kemurungan posnatum ini satu perkara biasa, namun jika tidak dirawat boleh menjadi serius sehingga mencederakan diri dan bayi.

Perhatian daripada ahli keluarga sangat penting ketika ini, mereka perlu peka dengan perubahan yang berlaku.

Jika didapati kemurungan itu tidak terkawal, adalah lebih baik membawa wanita terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kaedah rawatan

Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu.

Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.

Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Suami, ahli keluarga main peranan


Pada hari-hari terawal selepas bersalin, keberadaan suami dan ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu melegakan wanita terbabit kerana mereka merasakan seperti disayangi dan dihargai.

Sokongan dan perhatian daripada suami amat diperlukan, bantuan daripada ahli keluarga juga mampu mengurangkan tekanan wanita selepas bersalin.

Wanita juga jangan rasa segan silu untuk memberitahu pasangan atau ahli keluarga mereka jika berhadapan dengan keadaan sukar supaya orang sekeliling anda boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Pengakuan

Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil.

Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya. Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana suami sudah mula bekerja.

Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit saya.

Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak.

Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang.

Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir.

Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang. ALHAMDULILLAH, atas sokongan keluarga dan suami saya sudah pulih.

Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan untuk kita berdepan dengan cabaran baru. - Nur Lisa, 29, Hulu Langat.

Oleh:
Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal

Pengarah Perubatan, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi. Hospital Umra, Shah Alam
MBBS (Mang), FAGE (Man), M.Med O&G (UM), Dip Aest. Med (USA), FRSPH (UK)

Sumber: Sinar Harian


www.mummyceria.blogspot.com


Renungan Lah Wahai Wanita

 


Renungan lah wahai wanita

Cantiknya seorang wanita itu memang kerana Anugerah, tapi juga Ujian...Ujian...yang sangattt.. sangatttt berat,

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita makhluk yang sombong...

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ladang untuk tanaman dosa...

Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ingin selalu disanjung dan dipuja..

Kecantikan itu sebenarnya perlu dikawal dengan menutupinya mengikut syarak..

Sungguh...

Kecantikan itu sebenarnya adalah amanah,jika engkau tidak mampu menjaganya, nescaya Kecantikan itu hanya akan menjadi fitnah belaka buatmu....

"Ya ALLAH cantikanlah diriku dengan akhlak. Aamiin ya Rabbal'alamin."


www.bicararumahtangga.blogspot.com


5 Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk


Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk

1. Beri isteri anda ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anda. Beri dia ruang untuk berleter, marah atau apa sahaja perbuatan yang menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.

2. Tatkala dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan apa yang dia katakan. Berikan komitmen pada isteri anda yang anda akan berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius untuk ikut apa yang isteri anda suruh.

3. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. Anda ambil kesempatan ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.

4. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.

5. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai kesalahan yang sama di masa hadapan.


 www.panduankeluargabahagia.blogspot.com


5 Sebab Suami Berubah Kasih


SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya, dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup, Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks


Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan


Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial


Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April


Panduan : Suburkan Cinta Suami Isteri


Suburkan cinta suami isteri


Anak ternyata anugerah yang tidak ternilai justeru, ia tidak sepatutnya dijadikan halangan kepada suami dan isteri menghabiskan masa bersama bagi mengeratkan hubungan di samping mewujudkan suasana menyeronokkan dalam rumah tangga.

Sering dijelaskan suami dan isteri perlu bijak mencipta ruang dan masa mereka sendiri dalam mengekalkan kemesraan agar kasih sayang terus bercambah walaupun usia perkahwinan sudah bertahun lamanya.

Mungkin sedikit panduan berikut mampu dimanfaatkan pasangan suami isteri dalam membina hubungan lebih mesra:

1. Masa itu emas. Walaupun hanya seminit, masa bersama pasangan sangat penting. Justeru, janganlah disia-siakan masa terluang untuk dihabiskan dengan pasangan berbanding rakan apatah lagi jika ia mempunyai kebaikan bersama.

2. Pastikan hujung minggu dikhaskan untuk bersama pasangan sekiranya di hari yang lain anda sibuk dengan tugasan di pejabat atau menyiapkan kerja rumah.

Bijak mengurus masa dan mengambil peluang akan membuatkan anda dan pasangan pasti tersenyum panjang kerana banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

3. Sentiasa peka dengan persekitaran dan pandai mengambil kesempatan. Setiap waktu terluang, habiskan bersama cinta hati anda jika tidak mampu mengehadkan waktu tertentu atau di hujung minggu.

4. Senaraikan aktiviti yang anda berdua gemari. Pilihlah aktiviti yang masih boleh dilakukan walaupun anak ada bersama.

5. Sesekali, upahlah penjaga atau minta tolong saudara-mara untuk menjaga anak sementara anda berdua meraikan majlis istimewa seperti makan malam sempena ulang tahun perkahwinan yang tentunya sungguh bermakna dalam hidup anda berdua.

Andai sudah ditakdirkan bertemu pasangan hidup yang berbeza latar belakang dan karakter, sememangnya perbezaan pendapat dan kekurangan masing-masing hanya boleh dijalin erat dengan kesabaran dan persefahaman.

Bagaimanapun menjadi lumrah hidup apabila pelbagai ujian datang menimpa dalam setiap hubungan. Ramai yang tewas jika tersalah langkah dalam menangani masalah. Justeru, renunglah beberapa tip berguna berikut dalam membina keluarga bahagia:

KELUARGA BAHAGIA

Semua orang dambakan rumah tangga yang utuh dan bahagia. Pelbagai dalil daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah menyuruh suami isteri agar saling menyayangi dan bergaul sesama mereka secara patut, bagi menjaga kerukunan dan keutuhan rumah tangga.

Suami wajib bergaul dengan isteri secara patut dan bersa bar atas segala kekurangan yang ada pada pasangan manakala si isteri pula wajib baginya mentaati suami, menguruskan rumah dan menjaga anak-anaknya.

DUGAAN DAN GODAAN

Memang tidak dinafikan, semua orang inginkan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun ia akan bertukar derita apabila suami atau isteri mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.

Iblis dan sekutunya tidak pernah berasa selesa dan bahagia melihat keluarga Muslim hidup secara harmoni, tenteram dan penuh dengan kasih sayang. Iblis ini akan sedaya upaya menghasut dan mencerai-beraikan mereka.

Bagaimanapun, sesebuah rumah tangga itu akan terselamat daripada godaan dan hasad dengki manusia, andai mereka menjalani kehidupan berlandaskan ajaran agama.

Sikap saling memahami, bertolak ansur dan memaafkan menjadi rahsia utama untuk menjernihkan kembali rumah tangga yang keruh. Namun, sekiranya suami atau isteri masih tidak mampu bertahan atau buntu mencari penyelesaian, rujuklah kepada orang ketiga yang boleh mendamaikan anda berdua.

KUKUHKAN CINTA

 
Nikah dan perkahwinan jalan terbaik untuk memiliki seseorang yang dapat menemani kita hingga ke penghujung usia. Perkahwinan bukan saja sebuah perjanjian yang kukuh, bahkan ia tanda cinta dua insan berlainan jiwa.

Namun, andai cinta itu mulai retak, penampilannya tidak lagi seindah dulu. Yang manis jadi pahit, yang cantik membuatkan hati jengkel. Inilah hebatnya sebuah cinta.

Ukur usianya bukan setahun dua, tetapi perlu subur dan mekar sehingga nyawa dijemput yang Maha Esa.

Andai kita bermasam muka dengan pasangan yang baru setahun jagung mendirikan rumah tangga, lihatlah pasangan berusia yang mampu hidup bahagia sehingga usia mencecah senja.

Mereka cukup bahagia dan cinta yang lahir dalam diri ternyata sebuah cinta sejati. Tiada romantis yang mengada-ngada atau rayuan yang tidak masuk akal. Setiap ujian dan dugaan yang datang ditempuh dengan sabar.

Jika setiap pasangan mampu memahami antara satu sama lain, cinta akan menjadi lebih indah dengan ujian dan cabaran yang datang. Contohilah cinta Nabi Muhammad SAW kepada isterinya, Khadijah. Ia sememangnya cukup indah.

Kita juga boleh melalui dan memilikinya andai meneladani kisah istimewa ini. Jadikan setiap ujian yang hadir itu sebagai peringatan untuk kita saling memahami dan bersyukur.

Inilah yang harus kita jadikan pengajaran agar perjalanan hidup kita terasa lebih ringan dan bahagia. Sesungguhnya, apa yang kita lalui hari ini adalah bayangan indah yang bakal dilalui di masa depan.

Semakin kita berusaha untuk memahami, be rsabar dan menyuburkan cinta pada hari ini, maka akan banyaklah kemanisan dan keindahan yang menanti kita di kemudian hari.





Oleh Hajahfarhana Tarmudi


www.panduanintim.blogspot.com


13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

 
1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
 


Bagaimana Mengenali Suami Curang?



SAYA tidak ingat entah berapa kali saya ditanya oleh para isteri bagaimana tanda mengenali suami curang.

Sebenarnya, saya sangat takut untuk menjawab soalan itu. Pertama, takut dibelasah oleh kaum lelaki kerana membocorkan 'rahsia'mereka. Yang kedua, saya takut kerana jawapan saya, ada suami yang setia pun juga dicurigai.

Apa pun, sedikit sebanyak tanda untuk mengenali suami yang hatinya sedang berbunga, saya percaya ramai isteri sudah tahu. Tambah lagi pada zaman ini. Oleh kerana telefon sudah pintar, ramai orang jadi tidak pintar kerana terlalu berharap kepada telefon pintar.

Banyak sudah kita didedahkan dengan kes cerai-berai kerana telefon terutama berkaitan telefon yang boleh rakam gambar atau video.

Seorang kawan baru-baru ini mengadu tersilap beri hadiah telefon pintar kepada isterinya.

"Sekarang aku sudah tak boleh bohong dia lagi. Kalau dulu, keluar dengan girlfriend, aku kelentong sedang mesyuarat. Sekarang sudah tak boleh. Dia sudah pandai minta bukti," katanya.

Ramai suami yang menyangka mereka selamat apabila membisukan telefon ketika di rumah.

Namun seorang kawan lain pula keluhannya: "Bini aku sekarang, silent telefon pun tak boleh. Telefon aku tak berbunyi, dia sibuk tanya, apa hal tak ada orang call langsung."

Itulah. Sekarang, suami-suami yang ada kes, jangan lagi berasa selamat dengan membisukan telefon atau sembunyi telefon dalam poket.

Walaupun telefon anda pintar, anda sendiri tidak cukup pintar jika masih guna taktik lama, bawa telefon ke mana-mana hatta ke bilik kecil - taktik yang hanya laku 10 tahun dahulu, bukan sekarang.

Satu lagi, dalam buku Aduhai Suami terbitan Alaf 21, saya ada bangkitkan taktik sesetengah suami yang menggantikan nama kekasih dengan nama lelaki untuk mengaburi perhatian isteri. Misalnya nama Wahida jadi Wahid, Azlina ditukar Azli.

Ketika ditemu bual pengacara Dang Suria mengenai tulisan saya itu dalam TV tidak lama dahulu, saya ditanya, "mengapa perlu buat begitu?

Bukankah boleh delete saja nombor atau SMS?"

Ya, benar, boleh padam atau delete sahaja tetapi bukankah orang bercinta itu rindunya terlalu? Selang lima minit, 10 minit atau paling lama setengah jam panggilan atau SMS berselang. Tidak mungkinkah ada yang terlepas?

Maka kata saya, isteri patut curiga hubungan suaminya dengan 'Wahid' jika dilihat panggilan terlalu kerap.

Dan satu lagi, suami juga perlu belajar segala teknologi telefon yang terkini. Ada kes seorang kawan yang menyangka dia sudah padam semua sejarah dalam telefonnya, bukan sahaja dalam inbox malahan juga sent item, lalu pulang ke rumah dengan rasa lega.

Namun dengan tidak disangka, isterinya lebih cekap. Tiba hari, segala sejarah dikeluarkan termasuk yang berbulan-bulan sebelum. Kantoi habis!

Selepas 'rahsia' ini dibongkar, mungkin ramai suami akan lebih berhati-hati. Ya, itulah yang saya harapkan kerana sesama lelaki, saya tak suruh berhenti kerana memahami hati tidak boleh dipaksa.

Kalau sudah terlanjur bercinta, teruskan sahaja! Namun bagi isteri pula, tanpa telefon, tanpa segalanya... suami dilihat pijak semut pun tak mati, pun janganlah terlalu percaya.

Ada sesuatu yang orang lelaki tidak boleh bohong, tidak boleh selindung apabila jatuh cinta ialah bahasa badan - banyak yang akan berubah.

Jika sebelum itu dia seorang yang biasa-biasa sahaja, apabila jatuh cinta, penampilannya akan berubah. Keluar rumah hanya setelah pasti dirinya benar-benar segak dan wangi.

Andai ditanya isteri mengapa berubah, dia akan jawab: "Alangalang sudah beli minyak wangi, mestilah berubah. Takkan pakai selekeh mahu disembur minyak wangi."

Jika sebelum itu, jarang layan lagu tetapi sekarang, asal masuk kereta, terus diputar lagu, lagu cinta pula.

Masuk rumah pun sama. Tidak kiralah lagu Inggeris, Melayu atau Hindustan. Pasti mengejutkan andai dia tiba-tiba sangat beri perhatian pada lirik lagu, malah siap diajak isteri berbincang sekali.

Jika dia senyum-senyum sambil melihat ke arah lain, awaslah... wajah yang ada dalam matanya pada masa itu mungkin bukan wajah anda kerana anda sudah ada di hadapannya, dan jika anda yang difikirkannya, tentu dia tidak akan merenung ke arah lain sebaliknya tepat ke dalam mata anda.