Petua Mudah Bersalin Yang Saya Amalkan Sepanjang Kehamilan
-
Bagi yang pernah mengandung tapi gugur, ikuti pengalaman dua kali yang
cukup bermakna bagi saya.
Insya-Allah saya akan cuba perincikan setiap satu petua ...
1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...
Jangan Cabar Ego Suami Ketika Menegur
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 4:10 AM
Usah cabar ego suami ketika menegur
Apa hukumnya sering kali ada perasaan benci, menyampah dan menyumpah dalam hati terhadap suami walaupun bukan dizahirkan.
Segalanya dari dalam hati kerana perkara dilakukannya amat menyakitkan hati. Contohnya, dia suka maki hamun orang lain tetapi tidak boleh terima apabila saya menegur.
Dia juga suka merokok dalam rumah sedangkan dia tahu saya tidak suka bau asap rokok. Saya sudah beberapa kali menegurnya.
Disebabkan puas menegur namun tiada perubahan, saya hanya diam bersabar. Tetapi perasaan negatif terhadap dia berlaku dalam hati saya. Adakah saya berdosa?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkahwinan adalah alam realiti yang mencabar dan tidak seindah zaman bertunang atau bercinta. Justeru apabila berkahwin, mahu atau tidak seorang itu telah bersetuju menerima baik buruknya dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Kerana itu tidak adil untuk seorang isteri mencari kelemahan dan kekurangan suami dan menjadikannya alasan untuk menyimpan perasaan benci kepadanya.
Perlu menilai diri sendiri
Sebelum seorang pasangan menghukum pasangannya yang lain, dia perlu menilai bahawa dia juga mempunyai kekurangan yang mungkin dibenci pasangannya.
Justeru, bagaimana seorang isteri yang penuh kebencian terhadap suaminya dapat menegur kesalahannya tanpa prejudis. Saya menasihatkan kepada golongan isteri supaya muhasabah diri sendiri dan bersihkan hati daripada kebencian terhadap suami yang sepatutnya dikasihi dan dihormati.
Jika masih ada perasaan negatif seperti ini, teguran terhadap suami pasti tidak ikhlas dan hanya mencetuskan persengketaan dalam rumah tangga.
Selepas selesai isu hati, barulah fikirkan bagaimana mahu menegur suami dengan kasih sayang bukan dendam.
Jangan mencabar ego suami
Dalam banyak keadaan, lelaki yang bernama suami sangat besar egonya. Jadi jangan sesekali mencabar ego mereka ketika menegur. Sebaiknya pilih masa yang sesuai ketika suami paling tenang dan tidak kepenatan. Selepas makan malam dan ketika berehat-rehat.
Elakkan menggunakan bahasa sindiran dan jangan menegur kesalahannya di hadapan anak-anak atau orang lain.
Sekiranya puan tidak pandai menyusun ayat yang baik dan lembut, boleh saja menulis emel atau guna khidmat pesanan ringkas (SMS). Gunakan perkataan yang baik dan lembut agar dia tidak terasa hati. Insyallah sekiranya niat ikhlas mahu memperbaiki akhlak suami dan dengan cara yang betul, lama kelamaan dia boleh berubah.
www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
Lelaki Juga Alami Masalah Keputihan
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 3:36 PM
Lelaki juga alami masalah keputihan
Siapa kata lelaki tidak boleh mengalami masalah keputihan iaitu keluar lendir dari alat sulit yang lazimnya dialami wanita. Jika ada lelaki mengalami keputihan, ia sebenarnya petanda individu terbabit dijangkiti penyakit kelamin chlamydia.
Chlamydia atau clam berpunca daripada bakteria dikenali chlamydia trachomatis dan disebarkan melalui darah atau cecair dalam tubuh.
Ia selalunya berjangkit menerusi hubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah pencegahan termasuk melakukan seks oral membabitkan zakar, faraj, dubur dan ciuman atau menyentuh kawasan dijangkiti.
Malah, penyakit ini juga boleh disebarkan ibu yang dijangkiti chlamydia kepada bayi yang baru dilahirkan ketika bersalin.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Premitha Damodaran berkata, penyakit chlamydia jika tidak dirawat boleh mendatangkan mudarat kepada pasangan yang dijangkiti kerana bakteria akan kekal dalam tubuh seumur hidup.
Bagi orang yang dijangkiti chlamydia, gejala penyakit biasa timbul antara satu hingga tiga minggu selepas terkena jangkitan.
Tetapi kebanyakan orang yang dijangkiti bakteria ini tidak mengalami sebarang gejala penyakit menyebabkan mereka tidak sedar sudah dijangkiti.
"Gejalanya selalu tidak kelihatan dalam tempoh lama. Sebab itulah penyakit ini juga digelar penyerang senyap," katanya.
Mereka yang aktif melakukan hubungan seks secara rambang, suami atau isteri bertukar pasangan adalah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jangkitan kelamin berkenaan.
Ini penyakit kelamin yang biasa dihidapi tetapi ramai kalangan kita enggan mengaku menghidap penyakit ini mungkin kerana malu atau tidak dapat banyak maklumat mengenainya.
Oleh itu, ramai yang lebih rela mereka terus dijangkiti daripada menemui doktor. Dianggarkan, seorang daripada 15 wanita berusia 14 hingga 19 tahun dijangkiti chlamydia.
Pasangan gay juga berisiko mendapat penyakit ini kerana jangkitan bakteria membabitkan pertukaran cecair daripada individu dijangkiti,katanya.
Bakteria ini boleh merebak ke kelenjar prostat dan menyebabkan prostatitis iaitu radang di organ berkenaan sehingga pesakit akan merasa sakit ketika atau selepas mengadakan hubungan seks, demam, kesakitan ketika kencing dan sakit belakang.
Chlamydia juga menyebabkan uretritis iaitu jangkitan pada uretra atau saluran kencing yang boleh dilihat melalui gejala seperti pendarahan pada air kencing dan air mani, kerap kencing, pedih dan panas ketika kencing dan lelehan keluar dari zakar atau keputihan.
Dalam kes lebih berat, buah zakar mereka juga sakit dan membengkak kerana bakteria chlamydia menyebabkan radang pada epididymis.
Penyakit kelamin ini juga boleh menyebabkan radang pada lapisan rektum atau usus iaitu proctitis akibat seks anal dan pesakit akan mengalami najis berdarah, pendarahan rektum, kesakitan pada dubur dan cirit-birit, katanya.
Bakteria chlamydia juga boleh berjangkit di bahagian tekak kedua-dua pasangan akibat seks oral menyebabkan radang dan bengkak pada tekak serta sukar menelan.
Chlamydia mendatangkan mudarat lebih buruk kepada wanita apabila bakteria boleh menjangkiti bahagian serviks atau pangkal rahim sehingga mendapat radang (cervicitis) yang menyebabkan keputihan yang teruk dan pendarahan bukan kerana haid.
Jangkitan bakteria kemudian merebak dari serviks ke saluran peranakan membabitkan uterus dan tiub Falopio mengakibatkan penyakit radang pelvik (PID). Penyakit PID pula boleh merosakkan uterus, tiub Falopio, ovari dan rahim serta kesakitan yang teruk di bahagian pelvis.
Natijahnya, wanita yang mengalami masalah tidak boleh hamil berikutan tiub Falopionya bengkak dan tersumbat yang menyukarkan persenyawaan berlaku. Jika hamil akan mengalami masalah kehamilan di luar rahim (ektopik).
Bagi wanita yang sedang mengandung, jangkitan chlamydia akan diwarisi anaknya ketika proses bersalin menyebabkan bayi itu menghidap penyakit konjuktivitis dan radang paru-paru (pneumonia), katanya.
Wanita yang dijangkiti penyakit kelamin ini juga boleh mendapat penyakit uretritis dan proctitis.
Dr Premitha berkata, penawar untuk penyakit kelamin berkenaan adalah sangat mudah tidak seperti kesan buruknya yang mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan yang serius.
Mereka yang dijangkiti chlamydia hanya diberikan ubat antibiotik Azithromycin sebanyak satu gram. Namun, ia perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.
Oleh itu, mereka yang merasakan dijangkiti dengan chlamydia perlu segera menemui doktor untuk rawatan. Doktor akan melakukan ujian mengoles (swab) pada bahagian yang dijangkiti atau ujian air kencing bagi mengesan kehadiran bakteria itu,katanya.
Namun, pasangan sepatutnya berterus-terang jika sudah dijangkiti atau merawat terlebih dulu jangkitan sebelum berkahwin kerana jangkitan boleh berulang," katanya.
www.pakarsakit-tuan.blogspot.com
RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 6:12 AM
RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI
Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:
1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.
5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.
www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
[Wajib Baca] - Fakta Kesan Buruk Memakai Bra dan Seluar dalam Semasa Tidur
Posted By:
PakarSuamisteri
on 2:23 PM
Fakta Kesan Buruk Memakai Bra dan Seluar dalam Semasa Tidur | Artikel ini adalah artikel informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil berat hal ini.
Jom baca! Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.
Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011. Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.
Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara. Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur.
Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik. Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.
Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
www.panduanintim.blogspot.com
Suami Mula Naik Tangan, Hilang Sudah Kasih Sayang
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 10:53 PM
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Sungguh mendalam sekali bait-bait lirik lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ini. Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, tentunya mengerti dengan apa yang dimaksudkan dalam lagu tersebut.
Benar, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang itu tidak akan sunyi daripada perbalahan kecil. Itu adalah lumrah dalam dunia perkahwinan. Jika pergaduhan ala-ala manja seperti selisih faham, berbeza pendapat dalam sesetengah hal, mungkin ia tidak memberi kesan pada pasangan, namun jika sudah sampai tahap isteri dipukul, ditumbuk, diterajang, dilenyek, ditarik rambut dan dijirus dengan air panas, isteri mana yang boleh tahan.
Teringat kisah seorang rakan (wanita). Mereka berkahwin dan melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kebahagiaan. Namun entah bagaimana, si isteri kerap dipukul dan ditampar bertalu-talu jika tidak memberikan wang pada suami. Bila dirisik, barulah tahu si suami seorang penagih dadah.
Dalam kes ini, sudah menjadi perkara biasa sekiranya si suami yang terbabit dengan dadah dan alkohol cenderung menjadi pendera. Ini kerana, mereka sudah berada di luar kawalan diri dan fokusnya hanyalah duit, duit, duit. Jika tidak diberi memang padahlah nasib si isteri.
Situasi pukul memukul ini sebenarnya bukan tertumpu pada suami yang mengambil dadah sahaja. Suami yang bersikap panas baran, cemburu tak tentu pasal, penganggur dan sebagainya turut memukul dan menendang sesuka hati. Isteri dijadikan punching bag suami seolah-olah tiada nyawa dalam sebatang tubuh yang mengharap ehsan itu.
Antara kes keganasan rumah tangga
Kes 1: Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Isteri cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Kuantan, Pahang.
Kes 2: Seorang isteri membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks.
Kes 3: Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah.
Kejadian jam 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md Radzi, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi. Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.
Kes 4: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah. Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), untuk rawatan.
Kes 5: Mangsa berusia 20-an yang enggan namanya didedahkan menceritakan pengalamannya dipukul suami sehingga mengalami kecederaan fizikal yang parah. Katanya, dia menyedari suaminya penagih dadah selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.
Suami kerap memukul saya terutama sekali apabila dia berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan kami juga sering kali berselisih faham sehingga dia pernah mengugut saya untuk mengancam keluarga saya.
“Pada mulanya, saya berasa takut untuk membuat laporan polis tetapi selepas berfikir saya akhirnya membuat laporan polis,” katanya. Katanya, dia berkongsi pengalaman itu bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. [Sinarharian]
www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
Tips dan Cara Memikat Hati Wanita
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 7:11 AM
Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai – itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
www.pakarintim.blogspot.com
Sumber : zonbebas
Meroyan Selepas Bersalin (Kemurungan Posnatum), Simptom Dan Tanda
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 12:00 PM
Meroyan selepas bersalin
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin.
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.
Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat.
Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.
Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.
Siapa yang diserang?
Tiada kajian khusus kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya terjadi pada hari kelima selepas bersalin.
Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka.
Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga boleh menjadi penyebab perkara itu berulang di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.
Simptom awal meroyan
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
perasaan putus asa;
-bersalah;
-amat letih;
-muram;
-sering menangis;
-sunyi;
-gelisah;
-terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.
Bahaya jika tidak dikawal
Walaupun meroyan atau kemurungan posnatum ini satu perkara biasa, namun jika tidak dirawat boleh menjadi serius sehingga mencederakan diri dan bayi.
Perhatian daripada ahli keluarga sangat penting ketika ini, mereka perlu peka dengan perubahan yang berlaku.
Jika didapati kemurungan itu tidak terkawal, adalah lebih baik membawa wanita terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Kaedah rawatan
Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu.
Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.
Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.
Suami, ahli keluarga main peranan
Pada hari-hari terawal selepas bersalin, keberadaan suami dan ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu melegakan wanita terbabit kerana mereka merasakan seperti disayangi dan dihargai.
Sokongan dan perhatian daripada suami amat diperlukan, bantuan daripada ahli keluarga juga mampu mengurangkan tekanan wanita selepas bersalin.
Wanita juga jangan rasa segan silu untuk memberitahu pasangan atau ahli keluarga mereka jika berhadapan dengan keadaan sukar supaya orang sekeliling anda boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Pengakuan
Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil.
Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya. Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana suami sudah mula bekerja.
Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit saya.
Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak.
Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang.
Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir.
Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang. ALHAMDULILLAH, atas sokongan keluarga dan suami saya sudah pulih.
Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan untuk kita berdepan dengan cabaran baru. - Nur Lisa, 29, Hulu Langat.
Oleh:
Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal
Pengarah Perubatan, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi. Hospital Umra, Shah Alam
MBBS (Mang), FAGE (Man), M.Med O&G (UM), Dip Aest. Med (USA), FRSPH (UK)
Sumber: Sinar Harian
www.mummyceria.blogspot.com

Renungan Lah Wahai Wanita
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 5:18 PM
Renungan lah wahai wanita
Cantiknya seorang wanita itu memang kerana Anugerah, tapi juga Ujian...Ujian...yang sangattt.. sangatttt berat,
Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita makhluk yang sombong...
Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ladang untuk tanaman dosa...
Kecantikan itu sekiranya tidak dikawal hanya akan menjadikan kita ingin selalu disanjung dan dipuja..
Kecantikan itu sebenarnya perlu dikawal dengan menutupinya mengikut syarak..
Sungguh...
Kecantikan itu sebenarnya adalah amanah,jika engkau tidak mampu menjaganya, nescaya Kecantikan itu hanya akan menjadi fitnah belaka buatmu....
"Ya ALLAH cantikanlah diriku dengan akhlak. Aamiin ya Rabbal'alamin."
www.bicararumahtangga.blogspot.com
5 Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 8:36 PM
Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk
1. Beri isteri anda ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anda. Beri dia ruang untuk berleter, marah atau apa sahaja perbuatan yang menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.
2. Tatkala dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan apa yang dia katakan. Berikan komitmen pada isteri anda yang anda akan berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius untuk ikut apa yang isteri anda suruh.
3. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. Anda ambil kesempatan ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.
4. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.
5. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai kesalahan yang sama di masa hadapan.
www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
5 Sebab Suami Berubah Kasih
Posted By:
Mohd Zaki Mohamad
on 2:18 PM
SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya, dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.
Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup, Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.
Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.
Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.
Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.
Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.
Tanda-tanda suami curang:
Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.
Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.
* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April

Subscribe to:
Posts (Atom)